Bold 2014 – Primsmatic Revolution #BoldPrism2014

Semalam saya bersama isteri saya Nadia jalan-jalan KL untuk barang-barang hari raya. Sempat juga menjengah sebentar di  The School, Jaya One  di Petaling Jaya. Cantik tempat ni. Kalau nak baca post pasal tempat ni klik “The School@Jaya One”.

IMG_4186

Tujuan saya ke sini adalah untuk melihat hasil karya bekas pelajar Fakulti Senilukis & SeniReka UiTM (Perak) yang terbaru. Sekarang mereka sedang menghabiskan bachelor degree mungkin kualiti nya telah berbeza berbanding diploma dahulu. Nama brand exhibition tahunan mereka ialah  “Bold”. Untuk tahun 2014 ni tagline mereka ialah “Prismatic Revolution”. Hehe comel tagging korang ni.

Bold 2014 – Primsmatic Revolution #BoldPrism2014

IMG_4080

Berikut adalah beberapa gambar dalam exhibition tersebut:

IMG_4081

IMG_3956

IMG_3971

IMG_4001

IMG_4019

IMG_4126

Penghasilan karya, konsep dan kajian tidak mengecewakan. Apa yang saya dapat lihat pada tahun ini mereka cuba mengetengahkan elemen “INOVASI”  dan “MEDIA BARU” dalam setiap penterjemahan karya mereka. Sesetengah karya tidak menampakkan elemen tersebut mungkin disebabkan susunan (layout)  persembahan mereka yang sukar difahami.

Apa sekalipun percubaan mereka untuk rekabentuk, idea dan konsep  adalah sangat baik dan persembahan mereka juga baik. Tahniah buat semua pelajar Grafik dan Digital Media, FSSR, UiTM Shah Alam dalam Bold 2014 – Primsmatic Revolution kerana kedatangan saya dari Perak tidak mengecewakan.