Internet to Income 5 Seminar

Semalam saya selamat menjalani seminar yang diberi nama “Internet to Income 5 Seminar”.

IMG_1582

Saya hadir seminar ini atas ajakan adik saya. Dia sangat berminat tentang dunia bisnes. Cita-citanya nak jadi usahawan selepas graduate. Xnak kerja dengan orang katanya. Paling dia berminat adalah bisnes internet .

Ni gambar beliau seronok mengikuti seminar ini:

IMG_1587

Kos untuk saya menyertai seminar ini cuma RM100. Saya beranggapan seminar ini bukan “Pitch Seminar” atau “Preview Seminar” sebab seminar ini dijalankan untuk 2 hari. Tetapi sangkaan itu meleset.  Walaubagaimanapun, saya berpuas hati menyertai Internet to Income 5 Seminar yang dibawakan oleh Patric Chan ini dengan beberapa sebab:

  • Banyak ilmu yang dikongsikan. Terutama sekali beliau tidak lokek berkongsikan teknik-teknik terkini yang perlu ada bagi seorang internet marketer. Walaupun perkongsian tersebut tidak 100% lengkap (untuk ilmu yang lengkap kena join kelas penuh yang lain).
  • Patric Chan berkongsikan “idea” dan tips yang sangat-sangat bermakna yang hanya ada pada experience internet marketer.
  • Beliau berkongsikan teknik terbaru yang digunakan beliau untuk tahun 2014.
  • Speaker jemputan yang hebat-hebat.
  • Seminar’s gifts – The Dialogue, WakeUp Millionaire dan Wordpress video tutorials.

Harga penuh yang ditawarkan untuk menyertai kursus penuh beliau sebenarnya adalah sangat berpatutan jika nak dibandingkan dengan keuntungan yang anda akan dapat. Jika tidakan masakan hampir 70% yang hadir mendaftarkan diri untuk pakej penuh tersebut yang bernilai RM 3900 +- (12 months credit payment disediakan)

Next Full Seminar Beliau adalah:
Facebook X 2.0 pada 6 – 7 Julai 2014 di Kuala Lumpur
Tetapi Seminar ini adalah 3 in 1 pakej :  beliau bagi 2 pakej PREMIUM beliau secara percuma iaitu:

  1.  Freedom Formula (bernilai RM 2,997)
  2. The Amazon Kindle Cash (bernilai RM 3,997)!

 

Pada hari kedua saya hadir dengan isteri saya . Katanya nak jalan-jalan di Double Tree  KL .

IMG_1718

IMG_1714

 

IMG_1711

Pada hari kedua ini ; Patrick Chan berkongsikan Localized Business Model. Tujuan saya join Seminar ini untuk memahami perkara tersebut.

Di akhir sesi sempat saya bergambar dengan Patrick Chan. Patrick Chan seorang yang sangat soft -spoken bila bercakap di hadapan peserta program tetapi seorang yang tegas pada pekerjanya :).  Saya kagum dengan kaedah beliau memberikan informasi. Akan saya gunakan tips & trick Patrick dalam P& P saya nanti.

IMG_1707

Selain Patrick Chan terdapat seorang lagi Speaker jemputan yang sangat tinggi dan mahal ilmu dan kredibilitinya iaitu  Joel Bauer. Ya! saya dapat berguru dengan Joel Bauer  berkaitan ilmunya yang bernilai USD 30,000 iaitu “Passion 2 Profit“. Diberikan percuma dalam seminar tersebut.

Joel Bauer adalah “America’s Top Celebrity Persuasion Guru “.  Saya sempat bergambar bersama “Persuasion Guru ni”. Joel Bauer mempunyai karisma yang lengkap. Beliau mampu sesuaikan diri dengan budaya Malaysia.  Beliau juga memahami pegangan dan adab sopan peserta yang beragama islam.

IMG_1700

P/s : Sekarang saya sedar ilmu yang diperoleh adalah terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan mereka yang sudah berjaya. Azam saya tahun hadapan akan sertai pakej penuh mana-mana seminar oleh Patrick Chan. Atau mungkin saya akan cuba daftar sebagai mentee  dalam Program The Ultimatum beliau.