Multimedia design dalam Bold 2014 – Primsmatic Revolution

#Bold2014MultimediaDesign

Ketika di Bold 2014  saya fokus kepada  “multimedia design”  atau “interactive design” yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar  Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Shah Alam. Saya cuba scout apa yang pelajar ni mampu buat dan hasilkan. Saya cuba mengkaji beberapa show sejak kebelakangan ni untuk membuat benchmarking bagi  Multimedia / Interactive Design  bagi pelajar UiTM Perak supaya mereka juga berada di satu tahap yang lebih baik dalam industri kreatif ini.

Komen dan cadangan saya :

Apa yang saya dapat lihat “idea” dan “concept” yang cuba disampaikan tu sangat baik. Cuma persembahan “interactive” itu sangat suram mungkin disebabkan kekangan masalah plug di kawasan exhibition ini membuatkan mereka tidak dapat “demo” karya mereka. Untuk melihat saya perlu memanggil pelajar terbabit. Pada waktu saya sampai pula sudah menghampiri waktu berbuka puasa. (Show ni berlangsung pada bulan Ramadhan 1435h) ramai pelajar sudah mulai beredar dari booth  mereka.

Pada masa mendatang mungkin mereka perlu bersedia dengan “alternative” persembahan untuk sesiapa yang majoring dalam bidang multimedia supaya tidak berlaku persembahan yang suram.

Antara projek multimedia / interactive oleh pelajar UiTM Shah Alam bagi Bold 2014 di The Schoole, Jaya One, Petaling Jaya :

IMG_4169

IMG_4100

 

IMG_4111

 

IMG_4132

 

IMG_3887

IMG_4146

Tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar FSSR UiTM Shah Alam yang majoring dalam multimedia di atas kerana dapat membuat hasil karya yang mempunyai idea & konsep yang baik sebagai langkah permulaan. Harapan saya agar mereka teruskan bidang kreatif dan multimedia ini dan jangan berputus asa.