Pameran BuKAMInda 2014 – UiTM Perak

Pada 16 januari 2014 yang lalu, Pameran BuKAMInda telah dirasmikan di Galeri Al-Biruni, FSSR UiTM Perak. Sempatlah juga saya menyumbang 3 karya untuk pameran tersebut. Pameran buKAMinda adalah pameran karya-karya pensyarah FSSR UiTM Perak. Pameran ini bersempena dengan perasmian Galeri AL-Biruni, UiTM Perak.

IMG_4193

Karya yang tidak seberapa itu saya terjemahkan dari karya Origami. Saya namakan siri karya saya ini ORIKAMI ( Lipatan kertas).

Orikami menceritakan kedudukan status “garisan” didalam sebuah karya origami  yang sentiasa dilupakan. Terdapat kualiti tersembunyi disebalik kualiti yang zahir.

Maklumat lanjut berkaitan orikami boleh di dapati di sini

Bawah ni saya sedang bergambar dengan karya saya.

IMG_4311

 

Di bawah ini ketika pra-pemasangan karya.

IMG_4248

 

Anda semua dijemput memeriahkan Pameran BuKAMInda di Galeri Al-Biruni, FSSR UiTM Perak.

Pameran berlangsung dari :
16 Januari 2014 – 31 Mac 2014

Dibuka seawal :
9.00 pagi – 4.30 petang