Private Group – Under Development

Salam semua,

Hari ni nak share satu projek personal untuk pelajar. Saya buat satu website membership / group  untuk kegunaan student.  Nak join FREE  je. Xda cas tambahan apa-apa pun.

Saya buat laman web members untuk student ini bagi memudahkan kerja menyampaikan kerja dan nota ketika saya perlu out-station atau berkursus. Di samping  itu ; oleh kerana saya mengajar subjek studio dan tutorial, maka ini adalah medium terbaik untuk saya kongsikan supaya pelajar dapat lihat semula tutorial berulang kali.

Dalam website tersebut saya hadkan akses hanya kepada pelajar berdaftar sahaja. Akses yang mempunyai limit adalah seperti :

  • E-Learning
  • Download Files
  • Articles (Premium)
  • Design Resource (Premium)
Contoh larangan  / sekatan  untuk akses masuk

download-acces-denied

 

Kenapa tidak gunakan Facebook / Facebook Group?
Saya masih menggunakan Facebook boleh like Facebook saya kat kanan anda hehe. Tetapi saya tidak menggunakan Facebook Group untuk share bahan-bahan privasi. Sebab utama kerana saya letih menggunakan Facebook Group. Setiap kali masuk sem baru nak buat group baru nak add org baru nak masuk isi kandungan baru.Ada juga student yang terlalu berahsia. Jadi susah nak ajak diorang join Facebook dan Group. Apa pun Facebook Group still terbaik untuk perbincangan.

 

Boleh tak saya nk tempah Website Membership macam ni?
Boleh. Saya open kepada sesiapa yang nak website membership macam ni. Kalau nak tempah sila hubungi saya. Saya cas dengan harga patut. Kecuali untuk kegunaan Masjid / Komuniti  saya bersedia buat dengan percuma* ( mengikut kelapangan masa saya).

Sistem ni  juga payment ready. Maksudnya kalau satu hari nanti nak buat membership berbayar. Sistem ni dah ready 90%.  Baki 10% adalah menunggu approval bank untuk luluskan penerimaan pembayaran menerusi FPX dan Credit Card.