SME – Bengkel Pembungkusan dan Penjenamaan & Seminar Pensijilan Halal di Ipoh

Pada 21 -22 Mei 2014 yang lepas. Saya membawa 6 orang pelajar ke Bengkel Pembungkusan dan Penjenamaan & Seminar Pensijilan Halal oleh SME Corps yang berjalan selama 2 hari di Hotel Casuarina, Meru, Ipoh. Dalam bengkel tersebut diterangkan tentang kepentingan pembungkusan dan penjenamaan penggunaan barcode juga diberikan penerangan.

Potensi serta bagaimana hendak bermula melakukan perubahan tersebut turut dijelaskan . Terdapat bantuan disediakan untuk  PKS yang jarang digunakan kerana PKS sendiri tidak sedar akan bantuan tersebut.

Pelajar yang saya bawa ke bengkel tersebut.

IMG_0280

Gambar dari kiri : Aidid, Amin, Najmi

 

Antara usahawan PKS yang menyertai Bengkel Pembungkusan dan Penjenamaan & Seminar Pensijilan Halal di Ipoh ini.IMG_0282

Tentatif hari PertamaIMG_0289

Alhamdulillah perkongsian bengkel berjalan dengan lancar. Rakyat Malaysia, umumnya pengusaha Melayu dan industri kecil perlu memikirkan pembungkusan untuk produk mereka. Pembungkusan adalah sebahagian daripada sumber tarikan pembeli.