SME University Internship Training Interview

Pada 25 April yang lalu saya bersama beberapa fellow daripada Masmed, UiTM Perak mengadakan sesi interview untuk peserta yang akan mewakili UiTM ke pertandingan SME University Internship Training pada October 2014 nanti.

Pada pusingan dalaman ini kami mencari 25 peserta terbaik. 25 peserta ini kemudiannya dipecahkan kepada 5 kumpulan yang bersaing antara satu sama lain.

Kumpulan yang menjuarai pada pusingan dalaman ini akan mewakili UiTM Perak bagi pertandingan antara IPTA nanti.

Saya doakan semoga peserta yang terpilih dapat menjayakan dan menghasilkan yang terbaik buat diri mereka dan UiTM.  BTW Saya juga menjadi penasihat kepada kumpulan 4. Semoga kumpulan 4 ini berjaya.

IMG_7891 IMG_7893 IMG_7901