Hi saya “Fikwee”
Creative-preneur Strategist
“Kreativiti adalah kemampuan strategi untuk mencipta idea baru bagi menyelesaikan masalah dan ianya adalah ekslusif” – Fikwee
pengenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi , saya Anwar Fikri Abdullah , member sekerja panggil saya (Fikwee).
Ini adalah platform atau wadah saya untuk berkongsi serba sedikit ilmu “creative-preneur” kepada warga usahawan / netizen untuk berniaga dengan strategi yang kreatif dan kritis. Oleh kerana latar belakang saya dari bidang kreatif, maka banyak sampel strategi saya kearah platform kreatif.
Sebelum anda follow tips saya, maka anda PERLU TAHU :
- Saya bukan pakar digital marketing yang dikenali atau disahkan oleh mana2 pihak yag hebat
- Bukan coach digital marketing yang disegani.
- Bukan jutawan hasil coaching.
- Tiada kereta besar.
- Tiada rumah besar.
- Tiada private jet.
- Tidak pernah bercakap di pentas 10,000 org.
- Tidak pakai suit smart.
- Tidak pernah masuk suratkhabar
- Tidak pernah masuk majalah TV.
Proceed at your own risk.
Disclaimer
Walaupun hasil penulisan, video, audio dan grafik telah disunting dengan kualiti yang baik tetapi Tiada Jaminan Kejayaan dapat diberikan.
Anda usaha, anda kreatif, anda survive.
“You taught me that a strong mindset is important to get through things in daily life. You taught me the business part of art & design, which I am still learning. I’m a bit slow but I’ll try to keep track of the lessons and advices you have given. Keep on inspiring other people!” – Shuhufan

Khas untuk anda!
“Berubah bukan sesuatu mudah jika kita sendiri malas nak berubah”
Terdapat lebih daripada 20 + Kursus Mini Percuma yang boleh anda sertai. Daftar dan belajar. Semuanya Automasi. Hanya memerlukan talian internet dan peranti (laptop / mobile phone) sahaja. Kursus-kursus ini insyaAllah di kemas kini setiap bulan. Mari bermula!
Rancangan hidup anda punyai jiwa yang besar?
“Jiwa yang besar tidak menjanjikan apa-apa jika ilmu kita kosong, lebih teruk lagi miliki ilmu tetapi tidak di amal”
Saya suka berkongsi. Itulah jiwa saya yang kecil ini. Saya berasal dari sebuah keluarga kecil yang boleh dikategorikan sebagai B40. Lebih tepatnya keluarga yang miskin bandar. Kesempitan hidup itu telah banyak memberikan saya kesempatan meneroka dan berguru untuk “ilmu meraih rezeki Allah” Ilmu ini tidak terdapat di mana-mana universiti melainkan pengalaman.
Saya juga mengajar di IPTA awam. Dengan pengalaman mengajar di IPTA awam, saya memiliki cukup data dan banyak kajian kes bagi memahami keperluan semasa graduan melangkah ke alam pekerjaan dan seterusnya menggapai apa yang diidamkan mereka.
Walaubagaimanapun, modul yang saya sediakan di sini adalah umum, bukan dibuat khas untuk golongan sasaran seperti lepasan graduan sahaja.
InsyaAllah sesuai pada sesiapa sahaja yang perlukan peluang baru dalam hidup mereka. Ubah hidup anda dengan melihat perspektif yang lebih besar dan mula perbaiki diri dan jana pendapatan yang anda mahukan kerana jiwa anda lebih positif dan bersih .
Lakaran Kelayakan & Kejayaan
“Kelayakan dan kejayaan tidak boleh diukur dengan wang ringgit atau harta, ianya satu tanggungjawab dan ujian dari yang maha esa”
Alhamdulillah, saya dikurniakan Allah SWT dengan beberapa kejayaan dan kelayakan yang dilakar atas berkat usaha dan doa ibu, ayah, guru-guru, sahabat-sahabat seperjuangan dan sebesar-besar rahmat Allah kepada saya. Setiap orang mempunyai kejayaan berbeza jangan membanding beza. Saya kongsikan sedikit di sini.
Latar Pendidikan
- Master in Art (MA) for Visual Comm & New Media , UiTM
- Bachelor in Fine Art (BFA) in New Media Design & Technology, USM
- Martriculation Certification (Science Physic), Matric Perlis
Pengalaman
- 9 tahun pengalaman mengajar di IPTA
- 15 tahun pengalaman dalam online marketing , senireka & senibina
- Memiliki beberapa syarikat dan antaranya ada yg menjana lebih RM 1.5 juta setahun hanya secara part-time dan dilakukan secara automasi dan remote.
- Mempunyai 6 orang staf yang dikawal selia secara remote.
Pengiktirafan
- Memenangi pelbagai anugerah produk inovasi diperingkat kebangsaan dan international
Blog
Kesetiaan Bayang-bayang, 2016
http://formulakami2016artworks.tumblr.com/post/135011234876/anwar-fikri-abdullah-b1986-kesetiaan Karya ini pertama kali dipamerkan di Pameran Formula KAMI 2016 bertempat di Galeri Al-Biruni, FSSR UiTM Perak pada 24 Januari 2015 . Size karya adalah 4 kaki (lebar) x 2...
Melayari Angan-angan, 2016
Karya ini pertama kali akan dipamerkan di Pameran Formula KAMI 2016 bertempat di Galeri Al-Biruni, FSSR UiTM Perak pada 24 Januari 2015 . Size karya adalah 3 kaki (lebar) x 2 kaki (tinggi). Karya ini hanya akan di cetak untuk 1000 unit pertama sahaja. Anda boleh...
Tutorial Upload ke Turnitin (Step by Step)
Upload File di Turnitin (by Lecturer Invitation) *Step 2 - 5 hanya perlu jika anda belum mempunyai akaun Turnitin Assalamualaikum semua, berikut adalah tutorial upload file ke Turnitin secara step by step. Mudah sahaja. Tetapi anda perlulah dijemput oleh pensyarah...
Antara projek & yang saya uruskan
Melakar.com
Coaching & Training Lab
Koloniniaga.com
Projek Komisen (soon)
Wotsco
Produk Retail
Longgok.com
Homestay
Sensenjer
Sen-sen lama-lama ringgit-ringgit
Contengmaya
Tempahan Cetakan Online
Khalis.com
Penyembuh Rezeki (soon)
Lakalakafoods.com
Projek Makanan
Sertai Kelas Online Percuma!
Saya masih membuka peluang kepada pembaca, untuk daftar kelas percuma saya. Jangan lepaskan peluang ini.
Hubungi
hello.anwarfikri[at]gmail.com
Address
No 22, Jalan PP 9, Bandar Universiti
32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia