Hi, Saya Anwar Fikri (Fikwee)

Creative-preneur Strategist | Designer | Researcher

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Anwar Fikri Abdullah atau lebih dikenali dengan nama pena “Fik” (Fikwee). Saya berasal dari Kuala Lumpur, membesar di perkampungan setinggan di pinggir kota – Kg Benteng, Segambut (sekarang kampung ni dah jadi jalan raya besar). Kini saya telah berhijrah dan menetap di “Bandar Ilmu”, Seri Iskandar, Perak

Saya meminati bidang IT, hiburan, grafik, dan perniagaan dari zaman sekolah lagi.  Pada usia saya 16 tahun, saya telah membina website dan interaktif pertama saya menggunakan Macromedia Flash dan Macromedia Dreamweaver (Macromedia telah diambil alih oleh  Adobe). Dulu sekolah tidak mengajar secara formal cara membuat website. Method saya belajar ketika itu ialah, saya belajar dengan menghafal tutorial dari buku-buku atau majalah komputer design yang saya “tengok-tengok” di Pustaka Minerva, Jalan TAR – Software pula sy beli di Petaling Street (ekeke).  Selalu jugak la kena halau dengan pekerja Minerva (haha). Lama -lama saya cuba jugak la simpan duit untuk beli buku tersebut dengan mengikat perut. Dapat la 2-3 buku.

Atas minat tersebut saya menyambung pelajaran dalam bidang Rekabentuk Media Baru & Teknologi di bawah Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.

 

Pengalaman dalam Online Marketing

Sebaik sahaja tamat belajar. Pada tahun 2008, saya mengalami kecederaan kaki, tidak dapat berjalan. Nak apply kerja pun susah. Ketika itu la saya cuba mencari income melalui internet.

Website E-commerce (e-comm) pertama saya ketika itu adalah “Kuihraya2m.com”. Penggunaan e-comm ketika itu adalah sangat asing bagi rakyat Malaysia. Rata-rata peniaga online era tu menggunakan “blog” atau lebih dikenali sebagai Blogshop sebagai tempat berniaga. Antara blogshop yang saya suka tengok ialah “ishirtyounot.blogspot.com” oleh Diena Wong (blogshop ini telah ditutup).

Diena Wong sekarang tak guna blogshop dah. Beliau kini antara usahawan online wanita yang berjaya. Beliau guna platform e-comm dan instagram bagi produk beliau sendiri iaitu Lovera (Malaysia).

Ok nak throwback sikit, pada tahun 2010-2011, saya mula menggunakan “Facebook Exchange”. Ini adalah Facebook Ads zaman dulu. Dengan modal iklan RM10 seminggu, saya dapat buat income bersih RM1000.00. Ni cerita dulu la. sekarang tak dapat dah macam ni. Dulu peniaga online nak guna Facebook Ads pun tidak tahu. Sekarang peniaga online berebut-rebut guna FB ads dah jadi seperti satu keperluan. Saingan untuk convert  sales tu sangat tinggi.

Sambil-sambil berniaga online ni saya menyambung pelajaran saya di peringkat  Master di UiTM Shah Alam. Pada tahun 2011, rezeki saya menjadi pensyarah part-time  di IPTA  di Seri Iskandar.

Alhamdulillah, dah 9 tahun bertugas di sini. Bertugas di sini dapatlah saya berkongsi idea dan pengalaman saya kepada generasi baru.

Kalau ikutkan minat, saya lebih puas hati dapat buat bisnes secara Full-Time. Tapi keputusan saya menjadi pensyarah part-time dulu adalah permintaan mama saya. Alhamdulillah, yang baik-baik disusun oleh Allah SWT . Terima kasih mama.  Walaupun bertugas jauh dari Kuala Lumpur, saya dapat juga uruskan perniagaan-perniagaan saya hanya dengan menggunakan sistem online.

Amanah saya kena jaga. Alhamdulillah platform yang digunakan dapat membantu dalam pengurusan supaya tidak mengganggu tugas hakiki saya sebagai tenaga pengajar dan juga penyelidik (researcher) di IPTA ni. 

Jika berminat bagaimana saya uruskan perniagaan saya, jangan lupa sertai kelas online percuma saya ya.

Latar Pendidikan

  • Master in Art (MA) for Visual Comm & New Media , UiTM
  • Bachelor in Fine Art (BFA) in  New Media Design & Technology, USM
  • Martriculation Certification (Science Physic), Matric Perlis

Pengalaman

  • 9 tahun pengalaman mengajar di IPTA
  • 15 tahun pengalaman dalam online marketing
  • 18 tahun dalam bidang senireka & senibina
  • Menguruskan syarikat yang menjana lebih 1.5 juta  setahun hanya secara part-time dan dilakukan secara automasi dan remote.

Pengiktirafan

  • Memenangi pelbagai anugerah produk inovasi diperingkat kebangsaan dan international