Merindui RINTIS

Oct 5, 2013 | General Info

RINTIS stand for ‘Research and Innovation Towards Integration and Sustainability’. It is an annual exhibition to showcase the final year student’s best artwork in School of the Arts, USM

rintis0708

 

logo Rintis 07/08
http://rintis0708.blogspot.com

RINTIS adalah Pameran Pelajar Tahun Akhir School of Art di USM. Masa zaman aku dulu tagline kami macam ala-ala saintis & komputer geek gitu. Nak sebut pun payah.   —->  Rintis .[my].x

Banyak series of symbolisme digunakan dalam tag ni..Maksud memang tersirat.

Sedang aku asyik melayari imbauan kenangan lama di USM. Teringat aku kepada pertanyaan student ni. So nk bagi cerita blog aku ni best sket. Aku tambah perisa sket dengan gambar-gambar :

Student aku tanya:

Encik Fik, dulu belajar kat USM ada ke bidang grafik?
Jawapan aku : “ada”. Kat bawah ni gambar aku. tapi aku bukan student grafik la… Ko tengok tu.. keliling awek ha.. (zaman samseng macam ni la ). hehe.

IMG_0803

image source : misspinkylady.blogspot.com

 

Jadi encik tak ambil grafik? Encik study apa? 
Jawapan aku : Aku study dalam New Media Design & Technology. Kalau orang kampung tanya memang payah nak cerita. So senang cakap dalam new media studies ni ada instrumen Multimedia  ; TETAPI pengajian New Media Design ini  tidak sama sebijik-sebijik macam  bidang pengajian Multimedia.

Tengok bawah ni. ada macam Pameran Multimedia x?

IMG_0838

image source : misspinkylady.blogspot.com

Pengajian dalam bidang New Media Design & Technology ni adalah extended version dalam  mana-mana bidang berkaitan media. Tidak semestinya hanya fokus kepada multimedia, dalam grafik dan  fine art pun ada. Nak campur dua-dua pun boleh.

Bidang Media Baru ni bersifat exploratif, jadi kalau nak belajar mesti kena ada basic dulu. Siapa yang  tak ada basic aku tak sarankan… sebabnya;  pemikiran kena sentiasa berinovasi dengan yang sedia ada. Kalau  xda ilmu di dada. Camno nak explore?

Pengajian New Media ni kalau nak “best” pelaksanaannya mesti multi-discipline. Jadi ilmu di dada tu kena bosar sket… Cuba explore tengok banyak-banyak  bidang lain yang boleh ngam ngn jiwa selain yang dah biasa-biasa belajar ni.

Apa tu multi-discipline encik?
Pelbagai knowledge, pelbagai content, pelbagai technology & etc…senang cakap. Kalau ko belajar buat kek. Cuba belajar macam mana nk buat bekas kek. Lain approach x?.

Tapi encik kami nak try benda lain macam New Media Design ni. Kat mana ada?
Tapi kalau rasa nak belajar, kena kenal dulu…. Nak kenal boleh melawat Final Degree show MMU atau RINTIS USM. Ada setiap tahun.

Best ke encik belajar kat USM?
Mana-mana belajar pun seronok. Terutamanya apabila terdapat perbezaan budaya pembelajaran di sini (UiTM)  dengan di sana. Ko tengok gambar kat bawah ni. Kalau gambar kat bawah ni ko tak nampak ciri-ciri seronok. Bawak-bawak bertaubat segera. hehe. Perempuan baju hijau tudung hitam tu isteri aku, ko nampak dier tunjuk peace tu? ha.. happy la tu.

IMG_0008
image source : misspinkylady.blogspot.com

IMG_0014
image source : misspinkylady.blogspot.com

Tak ada website ke encik?
Ko pandai google x ni? Orang tua pun tau tulis kat google utk search.

RINTIS  tiada website khas. Setiap semester berbeza-beza. Banyak show RINTIS yang  ko boleh tengok. Laman Web RINTIS atas inisiatif  pelajar sendiri. Sekarang kan zaman Facebook.  Rasa-rasanya semua details bleh dapat dalam Facebook.

Tapi untuk rujukan ni yg tahun 2013  punya (batch junior):
https://www.facebook.com/rintisshift2013

2625
image source : www.usm.my

Budak tu tanya sikit je.. Aku tambah-tambah bagi dramatik sket dalam blog ni. Reenactment story. (bahasa canggih).

PERINGATAN: Ni bukan post tajaan USM. Ni saje je aku nak share dengan budak-budak. Dunia ni kan macam-macam ada. Budak-budak sekarang ni tau nak buat troll je. Bajet macam tau segala benda ada dalam dunia. Tapi sebenarnya masih di bawah tempurung.. Alahai.. kesian budak-budak zaman smartphone ni. Satu hari nanti mereka akan terperangkap di dalam masa. Omputeh cakap “Frozen in Time”

RINTIS@ FB

2015

https://www.facebook.com/rintis15/

2014
https://www.facebook.com/arts.rintis/

2013

https://www.facebook.com/rintisshift2013

2011

https://www.facebook.com/Rintis-Dimension-144426772253786/

https://www.facebook.com/rintis.art

 

 

View My Linkedin Profile

Publication

Anda ada idea menulis, tetapi tiada masa?

Research

Jika anda perlukan researcher bagi projek anda.

Grant

Mencari pakar digital kreatif untuk Team Matching Grant

Menulis bukan sekadar mengarang

Total
0
Share