Pada 16 januari 2014 yang lalu, Pameran BuKAMInda telah dirasmikan di Galeri Al-Biruni, FSSR UiTM Perak. Sempatlah juga saya menyumbang 3 karya untuk pameran tersebut. Pameran buKAMinda adalah pameran karya-karya pensyarah FSSR UiTM Perak. Pameran ini bersempena dengan perasmian Galeri AL-Biruni, UiTM Perak.
Karya yang tidak seberapa itu saya terjemahkan dari karya Origami. Saya namakan siri karya saya ini ORIKAMI ( Lipatan kertas).
Orikami menceritakan kedudukan status “garisan” didalam sebuah karya origami yang sentiasa dilupakan. Terdapat kualiti tersembunyi disebalik kualiti yang zahir.
Maklumat lanjut berkaitan orikami boleh di dapati di sini
Bawah ni saya sedang bergambar dengan karya saya.
Di bawah ini ketika pra-pemasangan karya.
Anda semua dijemput memeriahkan Pameran BuKAMInda di Galeri Al-Biruni, FSSR UiTM Perak.
Pameran berlangsung dari :
16 Januari 2014 – 31 Mac 2014
Dibuka seawal :
9.00 pagi – 4.30 petang