Pada 21 -22 Mei 2014 yang lepas. Saya membawa 6 orang pelajar ke Bengkel Pembungkusan dan Penjenamaan & Seminar Pensijilan Halal oleh SME Corps yang berjalan selama 2 hari di Hotel Casuarina, Meru, Ipoh. Dalam bengkel tersebut diterangkan tentang kepentingan pembungkusan dan penjenamaan penggunaan barcode juga diberikan penerangan.
Potensi serta bagaimana hendak bermula melakukan perubahan tersebut turut dijelaskan . Terdapat bantuan disediakan untuk PKS yang jarang digunakan kerana PKS sendiri tidak sedar akan bantuan tersebut.
Pelajar yang saya bawa ke bengkel tersebut.
Gambar dari kiri : Aidid, Amin, Najmi
Antara usahawan PKS yang menyertai Bengkel Pembungkusan dan Penjenamaan & Seminar Pensijilan Halal di Ipoh ini.
Alhamdulillah perkongsian bengkel berjalan dengan lancar. Rakyat Malaysia, umumnya pengusaha Melayu dan industri kecil perlu memikirkan pembungkusan untuk produk mereka. Pembungkusan adalah sebahagian daripada sumber tarikan pembeli.