Alhamdulillah kedua-dua projek aplikasi dan online saya bersama Ahmad Khairul Azizi mendapat anugerah Perak (Silver Medal) di NIID 2013 UiTM (Perak) dalam kategori Inovasi (ICT Design).
Kami bersyukur, walaupun pertama kali memasuki pertandingan inovasi sebegini, kami di beri kepercayaan untuk mendapat anugerah Perak (Silver Medal) ini. Berkat peluang dan kemenangan ini mudah-mudahan akan memberi kami lebih kekuatan dan semangat baru untuk mereka-bentuk (design) inovasi-inovasi baru yang memberi lebih impak dan menyelesaikan masalah.
Tidak lupa kepada programmer kami. Terima kasih di ucapkan kepada Evan Satonaka, dan Amirol Ahmad (Osem Space) kerana banyak membantu. Your Answer juga menggunakan khidmat server daripada Osem Space yang sangat awesome.
Kedua-dua projek kami yang memenangi anugerah ini adalah :
- Your Answer
- Studio Rubric Assessment System
Jika anda mahu mencuba demo, anda boleh akses kepada percubaan BETA Your Answer di www.youranswer.me