Your Answer adalah latest projek aku dalam dunia seni reka “Interface Design“. Special untuk projek kali ni ia akan dipertandingkan di NIID UiTM Perak pada 12hb Disember 2013 nanti.
Projek kali ni direka sepenuhnya oleh aku. Sepenuhnya dari segi rekaan, struktur dan fungsi. Inovasi idea dicetuskan bersama Ahmad Khairul Azizi. Projek ini menggunakan Programming language Ruby On Rails yang di usahakan bersama saudara Amirol.
Projek ini di pertandingkan di bawah kategori IT. Projek ini adalah satu tools untuk menambah baik sistem penyediaan bahan-bahan atau kit untuk self-learning.
Aku namakan projek kali ni ” Your Answer” kerana end produk bersifat grading tools. Untuk peringkat Beta ni. Grading tool yang diketengahkan bersifat manual sahaja. Walaupun masih bersifat manual (refer & compare), sistem ini boleh menjimatkan kos guru dan pelajar kerana ianya bersifat digital. Perancangan seterusnya modul grading akan bersifat automatik.
Projek ni aku akan masukkan di bawah seliaan Projek Na.Da.
Projek ini di harapkan membawa manfaat dan kebaikan untuk generasi pelajar Malaysia yang suka benda-benda yang mudah dicapai dalam waktu yang singkat (accessible) dan lebih sistematik. Dengan harapan pelajar masa kini dapat memanfaatkan sepenuhnya dan memaksimakan pembelajaran pantas melalui self-learning & self grading.
Di bawah ni ada satu teaser gambar interface yang aku propose untuk di realisasikan.
Menang atau pun tidak bukan satu masalah pada aku. Impak yang aku inginkan adalah feedback dan keboleh upayaan benda ni untuk diketengahkan. Ini hanya lah inovasi bersifat digital yang mungkin boleh di manfaatkan atau diubahsuai untuk menjadi lebih baik.
Setelah pertandingan nanti, aku akan buat satu post berkaitan projek ini dengan lebih lengkap.Insya-Allah
Update 10/1/2016
Projek ini telah ditamatkan